NuffnangKU

Followers

Monday, January 19, 2015

Party Birthday Anak Ku

LoVeNiza Muah:)

As Salam

Alhamdullilah anak tunggal aku dah setahun..yahoooooo...
sudah bijak bangat...dah pandai berdoa..comel je tangan tu tadah tangan...
sebab tiap kali lepas solat weols suami isteri mesti akan training dia baca doa same2..
Masa umur setahun ni dia da boleh jalan tapi tak stabil lagi.
Secara rasmi nya dia boleh berjalan dengan stabil pada 1 tahun 2 bulan..
Pernah hari tu aku pergi Sogo.Masa nak lintas jalan tu anak aku sibuk nak berjalan.
Bila aku dukung mengamuk2.ehhh sabo je laaa....
Anak aku ni dia tak suka ipad sangat.tak suka handphone sangat kecuali handphone opah dia cukup berkenan.tak tahu lah kenapa,aku pun memang tak nak dedahkan dia dengan gadjet2 semua ni..
Lepas tu dia tak suka makan..Badan sudah manyak kulussssss..ayooooooooooo....mak bapak terlebih makan,anak pulak tak suka makan.

Ok berbalik pada party birthday Khalish nie.Majlis dirancang pada saat2 akhir.
Hari Sabtu birthday dia,hari Selasa baru booking hotel.Very the last minit.
Hotel lain semua dah full.Hotel ni je available tu pun sebab ada org cancel last minit.
So ada la rezeki Khalish.Kalau tak,kita celebrate kat mamak je laaa...haha.Mula-mula cadang tak nak celebrate la.Just nak belanja dua-dua family makan je.Then abang aku suggest suruh buat jugak party.
So aku decide buat la.Then adik beradik banyak sponsor.Hehe alhamdulillah..

Tapi serius,aku rasa ada beradik aku adalah yang terpaling baik dalam dunia.
Apa saje yang aku buat mesti dorang akan support.Akan sponsor.
Sama jugak bila diorang buat kenduri ke ape ke,of course aku pon akan sponsor jugak.
Orang cakap bantu membantu gituhhh..
 
Objektif utama ialah nak buat semua orang happy:)
Dan juga majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
Sebab dah lama tak jumpa saudara mara,sepupu sepapat and kawan-kawan.
So masa ni lah masa untuk kita beramah mesra gituh.

So langkah utama kalau kita nak buat majlis ialah date.
Set date dahulu.Birthday Khalish 20.11.2014.So aku pilih tarikh 22.11.14 sebab masa tu semua orang free and weekend.Bila dah ada tarikh,baru kita pilih tempat.So ada beberapa senarai hotel yang aku berkenan tapi sayang dah full.Aku ada berkenan satu hotel tu.Siap nak bayar dah.Sekali manager tu kuang ajooo giler dengan aku.So tak dapat lah!Cancel terus la.Dah la hotel ko pun tak popular,pastu beria berlagak..ehhh choyyy.Macam la kat Ipoh ni tak ada hotel lain dah kan..

Then lastly weols book Hotel Heritage.Alhamdullilah harga pun ok menu pun memuaskan hati.
Weols pilih Hi-Tea sebab nya malam mahal harga nya.Hahaha.ehhh tak laaaaaaa.Sebab malam ramai yang tak boleh.Then kita choose Hi-Tea.So hotel offer 15 menu.Aku book untuk 50pax jer.So tak jemput ramai sangat.Aku ada la jemput kawan-kawan datang.Masa jemput tu beria cakap nak datang.
Tetiba tak datang.Ehhh rugi ok.Kalau tak datang bagitau awal-awal.Boleh aku jemput orang lain kan.
Ini tak...Next time memang tak ajak dah ok!

Ehh panjang betul into aku.Ni nama nya entry lepas geram sebab dah lama tak menulis.Hehe
Ok bila dah book hotel.Menu pun okay,mari lah kita book Candy Buffet pulak.So far hotel ni
dia izinkan kalau kita bawak masuk barang luar.


Candy Buffet ni aku ambil kat kawan aku.Harga terbaik.
Dia bagi harga kawan-kawan.I like.Boleh pilih nak tema apa.Aku masa ni tak tau nak pilih tema apa sebab majlis aku ni free theme.Sebab aku malas nak paksa2 orang ikut tema takut membebankan.
Biar orang dtg majlis kita dengan gembira.Kalau nak bertema frozen ke anak aku bukan tau ape pon kan.So lastly aku pilih tema Paris London.Kemainnnnn.Dengan harapan insyallah ade rezeki nak kesana.Hihihi.


So pakej ni ada Chocolate Fountain 2kg.Then kawan aku bagi extra 1 kg lagi.Sukeeeeeeee.
Then ada kek,buah,mashmellow,biskut and banyak lagi la.Memang puas.Nampak budak2 dok kerumun area ni je.Hehehe.


 Ada guest book jugak untuk tetamu tulis wish dorang.Tapi tak sempat snap.Ok untuk photographer pun aku book last minit jugak.Banyak yang aku contact semua dah full.Terpaksa aku google carik lain.Alhamdullilah jumpa.Hasil nya pun cantik.Then senang jugak deal dengan dorang ni.Harga pun murah.Aku dapat RM400 saje untuk satu album,then dia bagi gambar siap cuci juga CD.Which is only RM400.Orang lain aku survey dekat RM600 kot untuk album.Ehhh cam tak berbaloi.It just birthday je kot bukan wedding.Ni num diorang 0145398984 untuk area Ipoh.



  Antara decoration untuk Candy Buffet.Cantik sangat.Sangat berbaloi.




 Kek birthday Khalish.Fully sponsor by My sister in law.Alhamdulliah dapat 2 bijik kek.Hehe
Then potong terus bagi tetamu makan.Cantik.


Anak-anak buah aku paling happy masa ni.Dapat jumpa geng.Hehe



 Alhamdullilah saudara mara semua hadir dengan penuh kegembiraan.Hehe




 Anak aku masa ni memang tak nak orang.Aku pun tak tau kenapa.Asik melekat dengan Umi and Ayah je.Langsung tak nak sapa-sapa.Mak ko baru nak vogue2 bagai tapi habis tudung baju sume kene tarik dengan budak bertuah nie.Ehem ehem lupa nak bagitau masa nie aku sempat pergi makeup.Hehe.Pastu sampai majlis lambat.Kesian tetamu dah tunggu.Majlis start pukul 3 petang.


 This is my sister in law.



 Masa upacara memotong kek.Hehe.
Alhamdullilah anak buah aku dah bertambah lagi sorang.Amber Anggun.
Masa ni tak lahir lagi.


With my family in law.Sebelah aku ialah my mum.


 One hapy family .
NAk bergambar pun 1 hal jugak.
Anak aku langsung tidak mahu memberi kerjasama.
Ohhhhh my anakkkkk


Wardrobe ni percuma pihak hotel bagi.Tapi tak lebih 50 patah perkataan.Kalau nak lebih kene bayar.
The hotel bagi 2 parking free.


Tetamu-tetamu yang hadir.



Kawan aku.Sekarang ni dah makin berisi.Hehe.Anak dia pon ya Allah geram sangat.Gebu giler..


 Budak suka merap.....eeeeeee cubit kang


 Apehal la rambut anak aku cam gini-_-...
Opah dia p taruh minyak dekat sebotol...ohhhhh nooo
Dapat la rambut penyek cam tuh.


 With My friend..Rini...Anak dia 8bulan tapi sama saiz ngan anak aku...Haha



  Lagi sekali.....haha


 With my Indian friend...nampak tak aku ni berkawan memang berbilang bangsa..
Aku suke jemput kawan aku ni sebab dia kalau bagi angpow memang banyak..
Hahaha teruk tol...kesitu pulak pikir nye....

  Mother and son


 Bibik,Family In law and my mum,my niece


  With my untie and kak yana and the gemoksss Irdina

  Khalish with mama and ummi

 With our neighbour..

 With my maksu and my untie.
Makcik aku ni excident hari tu dengan aku sekali.so pinggang dia patah.
Now after operate dah boleh jalan sikit tapi still bertongkat

 Tengok la pangai anak teruna aku nie...Orang nak dukung sekejap pon dia xnak...
Eh malu ummi tau....


Asik la nak berkepit...Masa dia 1 tahun ni memang perangai lain sikit.Sekarang dah 1 tahun 2bulan baru ok dah mula nak dekat orang semua.dah pandai main...



Perut bapak dia betul2 potong gambar nie...ahaha



 Ye tu sayang ummi...
ye tu cinte ummi....
ayat ni la yg aku selalu nyanyi kat dia...
hehe

 Kanak-kanak aku bagi mende alah nie.....
topeng,belon,dengan mende tiup2 tu




  My best friend..Kawan aku yang suke travel nie...bulan 11 ni weolss akan ke Korea bersama-sama...yahoooo...tak sabar betul...



  Khalish with abg rayyan....dorang ni memang kamceng..
kalau jumpa tu berpeluk2,bercium2 macamkan bertaun tak jumpa.

  Cewahhhhhhhhh.....sembang ape agak nye tu

  Khalish with bibik....
Selum ni dia dgn bibik kemain lagi rapat.
Tetibe masa birthday dia lgsung tak nak bibik
Pastu bibik aku da sentap..siap cakap kat aku
"Madam,kenapa khalish tak nak sama saya?saya enggak pernah marah dia"
Hahaha aku ckp bese la budak2...
Lepas dari tu,elok je balik ngan bibik.dia wat pangai aritu je...
Mentang2 besday dia..

  All family members..
Semua ada masa ni...
Sedara mara aku ni memang suke buat makan2..
Kadang smpi berlumba2..Siap bergaduh lagi aritu..
Paksu aku da booking ari ahad,tetibe makcik aku pon nak wat ari ahad..
Dah bergaduh deme..haha
Lantakkkk kan...

 
My siblings..Tapi abang aku sorang lagi tak de dalam pic ni

  Daddy dengan anak-anak buah nya.


Majlis tamat pukul 5.Tapi kitorang lepak sampi pukul 7 sebab dewan ni xde orang book dah after majlis aku.so dapat la lepak lama2..Tapi tetamu semua dah balik tinggal saudara mara nie...
Memang sembang kaw2 masa ni..hahaha.Lepas tu aku pun pulang.

Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.
I love uolsss.....

Untuk anakku,
Sentiasa lah soleh
Sentiasa lah jadi penyejuk hati ummi and ayah.

Amin.
Selamat Ulangtahun 1 Tahun
Muahmuahhhhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name