NuffnangKU

Followers

Monday, January 27, 2014

Anakku,Khalish.............

LoVeNiza Muah:)

As Salam sahabat alam maya ku.

Semakin hari,Khalish semakin memebesar.Tiba-tiba aku rindu saat masa dia dilahirkan.Makin lama,makin berubah muka dia.Pelik kan?hehehe.Masa lahir,kulit Khalish putih kemerah-merahan.Pastu semakin membesar,makin gelap pulak.Hahaha padahal anak aku tak main panas pun lagi.Harap kulit dia akan kembali cerah lepas ni.Hehehe.


Saat dilahirkan.Usia 1 hari masa ni.Dilahirkan pada 20.11.2013.
Alolololo muke ye jebek-jebek yer....
Geram ummi tengok yerrrr.....


Masa ni sudah 2hari dilahirkan.Muka sudah bertukar.


Masa Khalish ditahan.Masa ni suami aku pergi melawat Khalish then aku suh dia send pic Khalish.
Rasa nak nangis bila tengok pic ni masa tuh.Dia sorang2 je kat dalam tuh.Da la dia kecik lagik.
Kat UNIKL tu bila-bila masa je korang boleh datang melawat.2pagi,4pagi?pun boleh.....


Yeayyyy Khalish dah boleh balik.Masa sampai rumah,sebelum masuk pintu rumah suami aku bacakan 3 Qul.Masa ni muka Khalish berubah lagi.Dengan pipi tembam nye.Ummi is gewammm tau.


Masa ni Khalish kene kuning lagi.Then kene berulang alik ke UNIKL untuk ambil darah.Masa ambik darah tu pun,aku mula la nak touching.Aku tak masuk pun aku suh suami aku masuk.Tapi dengar lah dia nangis kan.Meleleh air mata ummi.Tak sanggup dengar dia nanges.Hari keesokan nya,Khalish dah tak nangis dah.Dia nanges kejap je.Hahaha gudboy anak ummi.Masa ni kulit dia macam dah burn maybe sbb kesan dia duduk bawah lampu tu.Kesian kulit dia.Terus jadi gelap.


Masa aku pregnant lagi,aku dah berniat dalam hati nak Ustaz Kazim yang tahnikkan anak aku.
Then lepas balik dari UNIKL,aku pun ajak suami aku pergi Al Barakah nak jumpa Ustaz Kazim.Mungkin dah rezeki Khalish kan,alhamdullilah Ustaz Kazim ada.Then Khalish pun selamat ditahnikkan oleh Ustaz Kazim.Semoga Khalish pun baik akhlak nya macam Ustaz Kazim jugak.Insyallah.Ustaz Kazim sempat sedekahkan duit untuk Khalish:)


Lepas aku habis pantang,alhamdullilah jugak niat aku nak aqiqahkan 2 ekor kambing selamat dijalankan.
Niat ku hanya satu,kerana Allah swt.Alhamdullilah dapat beli kambing 2 ekor dengan harga yang murah berkat pertolongan saudara aku.Syukur sangat semua berjalan lancar.


Khalish dah start jalan-jalan dah.Yeayyy.Actually masa aku belum habis pantang aku dah start bawak Khalish keluar.Sebab aku macam mati kutu duduk umah okay.Itupon jenuh aku ayat mak aku nak kuar.Last2 bawak mak aku sekali.Kalau ape-ape jadi pun at least depan mata mak aku kan....Haha

                                                                 

Masa ni tak habis pantang lagi ni.Tapi dah gatai benor nak kuar.Konon ayat Khalish bosan duduk rumah.cian khalish boring.Padahal anak aku rileks jeeeee.Aku je drama lebehhhh....



Alhamdullilah anak ku semakin membesar.Khalish dah 2bulan dengan berat 4.9kg.Actually tak susah nak jaga Khalish ni sebab dia tak banyak ragam.Dia tak nangis sangat.Kene cucuk ngan nurse pun dia nangis kejap je,pastu dia sambung tidur balik.Then kalau tidur,aku tak payah susah2 nak dodoikan dia la,nak tepuk2 dia ke...aku just susukan dia je then terus letak kat baby cot dia.Dia sendiri akan tidur.Kalau dia tak tidur,dia main la sorang-sorang dia pastu terus tertidur.Sangat berdikari kan.langsung tak kacau ummi pun.

Kalau dia lapar dia just ekkk...ekkk...je...Tu maksud nya nak susu la tuh.Then bila aku susukan dia terus tidur.Alhamdullilah senang sangat nak jaga.Cuma kadang-kadang ada jugak dia tak tidur sampai pagi kan.Hidup aku sekarang pun dah berubah.Malam aku berjaga siang aku tidur....Ohhh nanti nak kerja macamana la agak nya.

Ummi doakan Khalish membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang.
AMIN

Friday, January 24, 2014

Pengalaman Melahirkan Anak Sulungku

LoVeNiza Muah:)

As Salam semua.Sudah lama tidak update belogku.Tapi kisah ni sangat penting untuk dicoretkan.Nanti anak ku boleh baca bila da besar nanti.Hai sayang umi?ok jom mula cerita....

Sebelum bersalin,aku mmg dah survey hospital mana yg aku nak bersalin.Duit pun mmg dah kumpul so tak adalah aku menyusahkan sesiapa kan.Sendiri nak beranak,sendiri lah tanggung.Hehe.Aku sangat cerewet bab bersalin2 ni tau sebab melibatkan nyawa.Takut sangat.Then aku kalau boleh nak doktor perempuan and Islam.Tu paling penting demi menjaga aurat aku kan.So antara pilihan aku adalah UNIKL and Al Ridzuan Ipoh.Hospital lain memang tak ada dalam senarai dah.

So setelah dikaji baik buruk nya,aku pilih Pusat Perubatan UNIKL,Ipoh.Harga nya pun murah berbanding dengan tempat lain and service nya sangat-sangat memuaskan.Memang puas hati sangat.Sesiapa nak bersalin aku cadangkan boleh bersalin kat sini.



Pandangan hadapan Pusat Perubatan UNIKL-RCMP,Ipoh
Then kita boleh pilih doctor mana yang kita suka.Of course aku pilih doctor perempuan kan.So pilihan ku Doctor Maizun.Baik sangat doc ni and peramah.Tudung labuh and kita rasa selesa sangat dgn doctor ni.


Sebelum bersalin,memang aku dah bayar deposit dah and dah booking bilik.
Aku pilih single room.Sehari RM120 je.Murah kan.

Nurse kat sini memang baik gila tau.Dorang layan kita macam raja.Baik sangat.
Kene marah pun dorang senyum je..Hehehe

Ok settel cerita pasal UNIKL.Nak cerita pasal bersalin pulak.


Aku dijangka bersalin pada 8 Dis 2013.Tapi aku bersalin awal masa 38 weeks.Masa tu aku tengah baring then air ketuban aku pecah.Ohh begitu rupa nya air ketuban tu.Then terus kelam kabut pergi UNIKL dengan harapan mintak-mintak la bukaan dah 6cm.Punya la perasan kan.Haha...Sampai UNIKL terus kene admit.Then bila dah tukar baju sume dorang mula la seluk.Mak aiii sakit betul seluk tu.Masa seluk tu nurse cakap baru 1cm.Then doc terus induce aku and aku dijangka bersalin keesokan hari nya.Aku memang dah google ramai yang cakap induce tu sakit.Tapi nak buat mcmana kan harus aku redha.Dalam hati memang niat nak bersalin normal.Masa ni mak aku ada,mak mertua,abang aku,adik ipar suma ada datang melawat.
Sempat la minta maaf kat mak and suami kan.


Masa admit tu suami aku teman.Dia pun excited konon ingat esok aku dah bersalin.Malam tu aku tidur lena la sebab tak kenal erti kesakitan lagi kan.Then keesokan hari nya aku dah start sakit-sakit tapi tak kuat sangat.Masa ni tak sabar sangat nak rasa sakit kontraksi tu.Yela aku tunggu 3 tahun kot anak ni.Harus lah tak sabar bep.Hehehe.Sampai malam nya aku tak bersalin-bersalin jugak.Doc cakap dia akan tambah induce kalau tak bersalin.Cek bukaan dah 3cm.Masa ni sakit teramat.Ko nak sangat rasa kontraksi kan?Haa silakan.....

Memang tak boleh tidur.Suami aku panggil nurse then nurse masukkan ubat tahan sakit.Pastu sempat la aku tidur sejam dua.Masa ni aku dah pucat lesu memang tak tahan sangat sakit gila kot.Sakit yg kejap-kejap datang tapi tak tertahan rasa nya.

Baru aku tau itulah rupa nya kontraksi.Kontraksi yang aku tunggu-tunggu kan selama ini.Masa ni aku dah tak tertahan sangat.Doc cakap aku dah dehydrate.Tapi seluk still 3cm.Tapi aku dah tak tahan sangat-sangat sakit nya.Masa tu meja aku penuh la dengan air penawar nya,air selusuh,air akar fatimah la.Aku minum sikit je.Aku banyak minum air zam zam je sambil baca doa nabi yunus.Aku cakap kat suami aku,aku rasa macam nak mati dah.Suami aku pun mula la kelam kan.Then aku siap cakap,tumbuk lah muka aku supaya aku pengsan.Bila pengsan aku tak rasa la kontraksi tu kan.Tapi dia tak nak plak tumbuk aku.

Aku rasa macam dah dihujung nyawa tau.Last minit baru nurse tu ajar aku teknik pernafasan.Then bila kontraksi datang kurang la sikit sakit.Then sebab tak tahan sangat,tenaga aku pun dah lemah sangat aku terpikir bape lama lagi aku nak tunggu ni.Aku nak bangun pun tak larat inikan pulak nak push.Aku dah terlalu lemah.Tapi sebelum tu sempat la aku pusing 1 wad tu konon nak bagi mudah bersalin and cepat bukak tapi still 3cm.Bayangkan dah hampir 1hari tunggu,bukaan still 3cm.Aku frust sangat.Then aku cakap kat suami aku,aku nak operate la sebab tak tahan sakit sangat.Masa tu dah pukul 2pagi.Nurse tu cakap kalau operate sekarang,dorg akan kira double charge.So dorang akan charge 6k.Gila kooooo..mahal tu.Walaupun sakit teramat,aku tahankan jugak tunggu sampai pagi sebab tak nak kene double charge punya pasal.Sempat lagi tu berkira bep.Ko mampu sendiri mintak nak operate?hahaha.Kalau aku tau,baik operate awal-awal,tak de aku menanggung sakit kan.Tapi sakit la rasa thrill kan.Baru mencabar.

Then tepat pukul 7 pagi,dorang bawak aku untuk operate.Laki aku siap dah warning jangan lewat okay.I nak wife i operate sharp pukul 7.Hahaha.Nurse tu pun kata baik encik.Memang nurse tu salu kene marah ngan husband aku.Yelaaaa masa tu laki aku gelabah semacam je.Masa ni aku dah malas pikir kesan kena operate yang penting aku nak cepat2 beranak sebab dah tak tertahan dah sakit nya.Masa nak operate tu bukan main lagi kuat kontraksi aku sampai merengkok2 aku atas katil tu menahan sakit ye.Then bila doc dah bius,aku terus hilang sakit.memang rasa lega gila.Sempat la aku tertidur masa tu.Aku tak sedar sangat masa operate tu sebab aku memang terlampau lemah sangat.Yang aku dengar,doc cakap kami nak mulakan operate ni ye puan.Then dengar doctor baca doa.Lepas tu aku pun terus hanyut dibuai mimpi.Tapi tak mimpi sangat la.

Tepat 7.19pagi,baby selamat dikeluarkan.Keluar-keluar je terus menangis.Pastu siap pancut lagi kat nurse ngan doctor.Hahah kelassssss baby aku.Siap bagi buah tangan lagi kat doc.Haha.Masa tu dorang tunjukkan baby kat aku.Amboi pandai si kecik tu pandang aku tak berkelip.So lepas jahit semua,aku selamat then dihantar ke katil.Sehari aku tak boleh bangun tau sebab sakit then muka aku gatal-gatal sebab kesan dari bius tu.habis luka muka aku garu.


Nama diberi Muhammad Khalish Fattah.
Yang terpuji,suci dan pembuka kebaikan.
3.4kg dengan rambut yang lebat and ada birth mark di tangan
dan dilahirkan secara caeseran.

Actually ada hikmah nya aku bersalin caeseran sebab doctor cakap memang kedudukan anak aku dah terpesong.Dia tak berada di laluan yang betul.Patut la bukaan aku tak bukak-bukak.Then masa operate tu la doc bagitau aku ada fibroid dua ketul.Ohhhhh malas betul aku nak dengar berita tu..


Khalish dengan opah.Khalish memang anak yang baik.Nurse yang jaga dia pun cakap senang jaga anak kamu ni.Then Khalish kene tahan wad sebab kuning.Hanya aku and husband je dibenarkan balik and baby kene tinggal.Masa tinggalkan dia tu sedih bukan main lagi.Rasa nak menitik air mata tapi aku tahan je.Balik umah baru sambung nangis.

So aku admit kat UNIKL ni selama 4hari 3malam.Harga kos perubatan kat sini sangat berpatutan.
Then bila dibenarkan discharge,bermula lah kisah pantang pulak.Dan bermula lah kehidupan ku sebagai seorang ummi.

Terima Kasih Ya ALLAH atas anugerahmu ini.Sesungguh nya ini lah yang aku nanti-nantikan sejak 3tahun yang lalu.Zuriat yang akan mendoakan aku apabila aku sudah tiada didunia nanti.

Khalish,ummi doakan Khalish:
-menjadi anak yang soleh
-beriman
-taat pada Allah
-taat pada ummi dan ayah
-sentiasa menggembirakan hati ummi dan ayah
-menjadi anak tahfiz
-menjadi ustaz yang menyampaikan dakwah
-sentiasa melakukan kebaikan,kebajikan serta amal jariah

AMIN YA RABBAL ALAMIN
MAKBULKAN DOAKU INI YA ALLAH

Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name