NuffnangKU

Followers

Wednesday, December 29, 2010

Alhamdullilah

LoVeNiza Muah:)


Syukur Alhamdullilah...
Aku ade berita gembira..
Tapi bukan berbadan duaaa daaaa:(
Rezeki tu mgkin xsmpi lagi...
xpeee


Ok permohonan berek ku BERJAYA!
Alhamdullilah....
So skrg aku dalam proses pemindahan umah ler ni...
Giler penattt siott....


So semalam aku da masukkan air dan api
Deposit air kene RM110..
Deposit api kene RM143
Adoi duit sesaje..
Belum cmpur lori nak angkat brg lagi..
Duit lagi tu...
Mentang2 nak akhir tahun ni,kaw2 aku kene...
Hahaha
Dgn kete rosak yer aritu...


Pastu bulan dpn nak p Terengganu jugak..
Duit lagi...
Adoi...
Tapi insyallah bulan dpn kembali stabil la kot...

senar nye aritu aku down gile..
Balik2 umah dapat notis kene keluar dari umah sebelum 30hb..
Gile ke x?
Mane nak cekau umah nye dlm mase yg singkat?
Da la umah kat cni mahal2......
Mcm nak nanges aku dpt notios cm 2....
Pastu kuasa Allah merubah segala2 nya...
Permohonan masuk berek diluluskan..
So settle sudeh masalah ku...


So skg ni sibuk nak pindah randah nie...
Very the busy musy....


Ok lah wei jom tolong aku angkat brg??
Aku banje strawberyyy bery.....

Monday, December 27, 2010

On9 shopping yang best:)

LoVeNiza Muah:)

halloooo...
Selamat Petang...
Ceria2 semua...


Ok aku nak certita pasal on9 shopping...
Mggu lepas aku order kasut mcm kat bawah ni...
Gile2 murah wa cakap lu!!!!



Aku pilih design yg ini..
Mmg banyak sgt design die ade..
sume cantik2..
rase cm nak borong je semuaaaaaaa.....
Rambang mata i tau....
Cube teka berapa harga die???

Ok xyah la teka...
RM25 je uollsssss!!
Murah2 kannnn..
Kalau beli 2, RM45 jeeee...
Gileeeeesssss pucuk ubi betoi laa!!!
Walaupon xde brand tapi mmg sedap pakai..

Dan yg plg best free deliveryyyyyy yaaa!!

Dan yg menarik nye,service sgt2 cepat.....
Aku bank in duit hari ni,
besok udah smpi...
Aku sukeeeee sgt kalau on9 shopping mcm ni!
Keep it up yaaa!!!
Dan aku tak suke kalau yg pre-order lah..
Pastu delivery nak kene takes about 1week-2week...
Gile lmbat kan....
Org on9 shopping sbb nak cepat and mudah...

Pastu aku xsuke kalau yg lambat sgt responds..
Kadg2 berabad tggu xrespond jugak..
Ble aku dah xminat dah,mase tu pulak sibuk dok msg2 tanye nak ke?nak ke?
Ishh xsuke service yg lembap...

So kalau yg minat,terjah le FB Arenees Wedges yer....
Mmg murah dan cantik!!!!
Stok die pun mmg banyak....
Mcm2 saiz ade....
Pastu kasut ni diposkan ke balai...
Habes la dorg dok memain ngan kasut aku ni..
Buat baling2 ler,ketuk2 ler..Nak try2 lorr...
Hoho kesabaran sgt2 diuji...
Name je polis tau tapi pangai anak sedara aku lg matang!!
Hak3

Tapi hati2 jugak yer..
Ade on9 shopping yang tipu2 nie...
Aku dah bank in duit boleh plak die kate xdapat..
Angin je gua...
Last2 aku suh sarjan aku ckp ngan die
baru lah tetibe ckp a ah ade dah duit...
Sistem lembap kot..sorry ye kak...
Adoi.....kesian aku kalau yg ade da terkena....
Mcm2 hal la skrg ni....

Ok la..
Aku nak p melaram ngan kasut baru ni..
Papaiii:)

Tuesday, December 21, 2010

SESUATU YG MENGEJUTKAN

LoVeNiza Muah:)

Korban nahas bas di Simpang Pulai

2010/12/20IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi. Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.


Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.


Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang. Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat. Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.


Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah. Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.


"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya. Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu. "Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.

*Sebenar nya ini bukan lah kemalangan yg pertama..Dah banyak kali..Tempat tu mmg bahaya...
Sbb tu aku bnyak kali nasihat pada sesiapa yg x pernah atau xbiasa naik Cameron plz drive secara behave sbb jalan Cameron bukan mcm jalan2 biasa yg lain...Its dangerous...Hanya org2 yg da betul2 kenal je tau keadaan jalan disana mcmane....
Dan sebelum memulakan perjalanan ke sini jangan lupa doa pada ALLAH semoga perjalanan anda atau kita semua akan selamat dan dilindungiNya.

So jadikan ini 1 pengjaran......Berhati2 lah memandu:)

Monday, December 20, 2010

Cite kawen Lagi ni....

LoVeNiza Muah:)

Ok ini wedding yg plg best..
Sbb wedding member sendri kan..
Baru rase nikmat sket....
baru lah kenduri...hehe
Ni kire wedding penutup ler utk taun ni...
taun ni ramai betul membe2 kawen...
Termasuk diri sendri jugek...



Dimulakan dgn pic my boboy..
Pengantin dgn laki aku sape lagi hitam??
Hahah



Cantik kan pengantin pmpuan ni..
Die kurus,cntik,puteh..
Suke tgok tau:)



Cak..
Ok ni sume pic bini orang k...
Ape?aku tak nmpk cm da kawen??
Ohh no..no..no...
Hahaha..
Ko tau,ktorg sume ni kawen tarikh yg sama..
1Mei lepas....
kecuali yg baju corak2 selah aku tu..die kwen bulan 3...
So nanti ktorg nak celebrate anniversary sesame:)
dan yg plg menarik nye, semua pon x mgandung2 lagii!!
Hahhaha...dasar kurg suburrrr.....
Sila salahkan suami sendri...
Entah2 pengantin kot yg pregnant dulu dari ktorg kan...
Ohh ituuuu sungguh jeles ok..



Ok jum tgok pelamin pulak..
Ni satu hal jugak..hahah...
Mase aku tgkp pic ni,budak2 ni sume ngah sibuk
pnjat kusi ler,baring2 atas kusi ler...
Tapi mase aku nak tgkp pic pelamin ni,trus bebudak ni posing..



Tgok?
Trus masing2 amik port nak posing tanpa disuruh ok!!
Adoi....pengsan aku melayan budak2 ni...



Dan akhirnya,
dapat jugak tgkp gmbor pelamin tanpa model2 kecik tadi..
Ahaks..
Tapi ade jugak yg xpuas hati tuuuu..
Tgok si kecik kai ju pink tu..
Die nak join ler tu....



dan bilik pengantin bersama hantaran..
Cantik kan...
Hitam putih....
Teringat mase aku kawen ritu..
Rindu saat2 itu:)

Kawen..kawen..Ko ble nak kawen??

LoVeNiza Muah:)

Salam Malaysia:)
Ok hari ni cite pasal kawen je laaa...
Sesape yg bujang lagi tu,
aku nak tanya ni,
KO BLE NAK KAWEN HAAA?????
Hahaha....
Ok yg ni jiran selah rumah mentua aku punye anak yg kawen..
Giler jiran betul2 selah rumah..
Kalau xpergi mau kene buang daerah nie..haha
Die kawen plak dgn sedara mentua akuuu...
Elok ler tu..
Pusing-pusing tang tu jugak...

Taraaaa...
Pelamin yg chumel kan...
Simple jer...
Aku suke yg simple2 je...
Kalau crowded sgt x bape cntik la kan:)


Pengantin perempuan...
Pakai songkek....

Ini ibu mertua ku.....

Yg ni pulak anak menantu yg semakin tembun..
Tapi isi xde jugak lagi...
Hak3....
Ok kami sekeluarga nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
PAK KEPONG KEPOK

Friday, December 17, 2010

Puaka Penjara Pudu

LoVeNiza Muah:)


Puaka Penjara Pudu

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan RAJA NURAIN HIDAYAH


KUALA LUMPUR: “Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara,” kata Pegawai Disiplin Penjara Tapah, Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55, menceritakan pengalaman bertugas di Penjara Pudu ketika ia masih digunakan bagi menempatkan banduan.



Sulaiman berkata, gangguan itu yang biasanya berlaku pada waktu malam bukan saja terjadi kepada pegawai bertugas, sebaliknya turut dialami kebanyakan banduan yang melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan berjalan di tengah bahagian penjara hinggakan ada antara mereka yang terbabit dalam jenayah ganas turut diam dan tidak berani menegur.“Sebenarnya, banyak kali gangguan seumpama itu berlaku di kalangan kakitangan penjara serta banduan, namun kebanyakan kami buat tidak kisah dan tidak mahu memperbesarkan hal itu kerana takut mengganggu tugas anggota lain, terutama yang baru berpindah ke sana.




“Bila mereka (pegawai baru) sendiri menceritakan gangguan dialami, baru kami berkongsi cerita mengenai gangguan yang pernah kami alami,” katanya.Sulaiman yang bertugas 17 tahun di Penjara Pudu sebagai wardar penjara sebelum ditukar ke Penjara Tapah sebaik operasinya ditamatkan berkata, jauh sekali dirinya untuk mempercayai kewujudan makhluk halus di dalam bangunan berkenaan namun percaya, setiap yang terjadi adalah atas ketentuan Allah.“Jika saya kata saya percaya memang wujud makhluk halus di situ, nanti orang beranggapan saya syirik pula, tapi itu antara kejadian yang saya serta rakan anggota lain alami.“Cerita ini saya kongsi bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi ia antara kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang berkhidmat di sana, terutama apabila mengetahui Penjara Pudu yang memenjarakan puluhan banduan itu bakal dirobohkan sepenuhnya bagi dibangunkan untuk keselesaan rakyat,” katanya.



Menurut Sulaiman, sepanjang bertugas di penjara yang pernah memenjarakan ribuan penjenayah ganas dan berbahaya seperti Botak Chin dan Batang Kali, beberapa kawasan di dalam penjara boleh dianggap keras, dipercayai menjadi laluan makhluk halus.Katanya, beberapa tempat berkenaan membabitkan kawasan tangga, pintu masuk ke bilik tidur kakitangan dan bilik akhir (bilik penggantungan).“Ketika saya mula-mula bertugas pada waktu malam selepas seminggu ditukarkan ke Penjara Pudu, pernah beberapa kali saya terasa seperti ditolak dari bahagian belakang, sedangkan ketika itu saya bertugas meronda sendirian.“Waktu mula-mula terkena gangguan berkenaan, saya ingatkan saya tersalah langkah, tetapi bila beberapa kali terasa seperti ditolak, ditendang serta ditumbuk, saya terus tidak duduk di kawasan itu, melainkan jika waktu meronda saja,” katanya.



Sulaiman berkata, pernah satu ketika, beberapa banduan turut menceritakan beberapa kali melihat kelibat lelaki berjalan di tengah-tengah bahagian penjara sebaik mereka mahu melelapkan mata dan apabila diteliti, lelaki itu bukan kakitangan penjara.“Cerita ini disampaikan oleh beberapa banduan kepada saya sewaktu bertugas di sana, di mana mereka mendakwa beberapa kali melihat seorang lelaki dengan wajah mengerikan berjalan di tengah-tengah laluan sel tahanan mereka.“Pada mulanya mereka beranggapan ia adalah wardar yang meronda tetapi bila diamati, lelaki itu mempunyai wajah mengerikan, menyebabkan mereka yang terkena gangguan itu tidak jadi menegur, sebaliknya mendiamkan diri saja,” katanya.




Sementara itu, pelakon, Abu Bakar Juah, yang pernah berkhidmat sebagai Inspektor Penjara selama 11 tahun di Penjara Pudu sebelum ditukar ke Penjara Kajang sebagai Pengarah Penjara turut mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan Penjara Pudu sebelum lenyap dengan sendiri.Menurut Abu Bakar, peristiwa melihat bebola api berterbangan dari hujung blok yang menempatkan banduan itu antara kenangan pelik yang pernah dialami sepanjang bertugas di sana.“Sebenarnya saya susah hendak percaya perkara mistik dan tahyul, tetapi kejadian melihat bebola api terbang itu menimbulkan perasaan pelik.“Waktu itu saya bertugas seperti biasa dan secara tiba-tiba terasa satu perasaan pelik, menyebabkan saya menoleh ke arah blok tahanan banduan sebelum melihat bebola api yang marak membakar terbang melintas blok hinggalah ia hilang dengan sendiri,” katanya.




Menurut Abu Bakar, peristiwa itu masih menjadi tanda tanya kepadanya hingga ke hari ini berikutan di kawasan penjara sebarang benda berbahaya, termasuk yang mampu mencetuskan api, adalah dilarang.“Mahunya tidak pelik, mana mungkin banduan boleh mencetuskan api sedangkan semua benda yang dikategorikan berbahaya dilarang sama sekali di dalam penjara dan lebih membuatkan saya musykil, ia terbang dalam keadaan sangat laju sebelum hilang,” katanya.Selain itu, Abu Bakar berkata, insiden lori tangki minyak yang hidup tiba-tiba sebelum bergerak juga antara peristiwa misteri dialaminya serta beberapa kakitangan penjara lain.Menurut Abu Bakar, lori itu yang ditempatkan di kawasan simpanan kenderaan Penjara Pudu yang terletak di tengah-tengah pintu masuk itu secara tiba-tiba bergerak sejauh lima meter sebelum berhenti dengan sendiri.



Katanya, apabila anggota bertugas memeriksa lori berkenaan, mereka tidak menjumpai sesiapa dan lebih pelik lagi bagaimana enjinnya boleh dihidupkan sedangkan kunci kenderaan itu masih tersimpan di pejabat.Menurutnya, walaupun gangguan berkenaan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, kerja-kerja merobohkan bangunan itu untuk didirikan pusat komersial lebih membuatkan dirinya berasa sedih.“Namun perkara ini saya anggap ada kebaikannya kerana jika tidak dibangunkan, ia memang satu kerugian dan jika dirobohkan pula bangunan (Penjara Pudu) itu, nilai sejarahnya juga turut hilang.“Jadi, bagi mengekalkannya pada masa sama, saya harap pihak berkaitan dapat mendirikan satu monumen bagi mengenang semula kawasan itu yang pernah menempatkan sebuah penjara yang menahan ribuan penjenayah berbahaya,” katanya.

Kisah Si Tukang Gantung

LoVeNiza Muah:)

"Hukuman Gantung".

Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang "tugas khas"nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah. "Bukan mudah nak mengambil nyawa orang", ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia.



Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang hukuman gantung serta pelaksanaannya. Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia. BUKAN GLAMOR Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentunya bukan "tugas glamor". "Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja tu, maknanya kita telah sampai ke peringkat akhir, kalau belajar telah sampai ijazah kedoktoran," kata Samuel dalam temubual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang baru-baru ini.



Ada satu sifatnya yang diberitahu kepada penulis yang mungkin memberi kelebihan untuknya menjalankan tugas khas iaitu sejak kecil, dia tidak boleh menangis dan dia dengan mudah boleh mengatasi perasaan sedih. Seperti katanya,"nak buat kerja tugas khas ni, tak boleh ada rasa kasihan dan tak boleh cakap besar." PEMILIHAN RAPI Ramai pegawai penjara yang ingin menjalankan tugas khas ini tetapi prosesnya bukan mudah. Yang memohon juga hanya mempunyai satu peluang, sekali ditolak, mereka tidak boleh memohon lagi. Menurut Samuel, jika 30 yang memohon dan mencuba, akhirnya yang tinggal mungkin tiga atau empat orang sahaja dan ada kalanya tiada langsung. "Sebelum dipanggil temuduga, rekod kerja kita akan diteliti, kedudukan kewangan kita juga penting.



Nak buat tugas ini, fikiran tak boleh berserabut. Pandai menyimpan rahsia juga amat penting kerana pegawai yang melaksanakan tugas ini ada kalanya mendapat tahu mengenainya seminggu lebih awal," jelas Samuel. Beliau sendiri diperhalusi "sifu-sifu"nya sebelum dibawa masuk ke bilik gantung. "Hukuman gantung ini bukan ada tiap-tiap hari. Kadang-kala satu tahun ada satu atau tiga kali sahaja. Masa itulah kita akan dibawa sama untuk berada di dalam bilik gantung. Kalau mereka tengok kita OK, baru mereka akan beri penjelasan lanjut. Kita bukan ada kelas khas, banyak praktikal dan latihan sambil kerja," jelasnya.


TAHUN-TAHUN AWAL

Samuel yang mula menjalankan tugas khas ini semasa beliau di Pulau Jerejak di mana beliau juga menjalankan tugas sebat berkata kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman. Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan. "Saya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini dari 1986 lagi tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terlibat dan menjadi pembantu pada 1989," jelasnya. Sebagai pembantu, beliau akan bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman. Banduan yang digari kedua belah tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain "hood" akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.


"Biasanya banduan yang akan digantung ini tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung," tambah Samuel. Beliau mengakui tidak dapat tidur di tahun-tahun awal menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung. "Diganggu semasa tidur, benda ni biasa berlaku, bukan tak biasa. Ada orang datang minta rokok, saya kata nanti, saya tidur dulu. Ada juga yang kejut saya minta nak balik. Begitu juga kalau masuk ke dalam bilik gantung tu, perasaan tu ada lain sikit, rasa macam ada benda yang lalu. "Selepas 10 tahun, pengalaman dah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang dah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi)," cerita Samuel. Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih "tenang" dan diserang banduan yang agresif.



KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka ini sudah tentunya akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutamanya kerana mahukan kesempurnaan tugas. Bagi Samuel, beliau banyak berbasikal untuk mengekalkan kecergasan. Semasa pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itulah, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan. Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti. "Kerja mempersiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah di antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti," katanya.



TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. "Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. "Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman.


Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. "Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir." Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pergi dengan rela" setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. "Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. "Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. "Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.


Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. "Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. "Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu," kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.


"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Credit To:virtualsfriends.net

Hijab....Doakan Aku

LoVeNiza Muah:)
Salam semua....
Selamat Hari Jumaat....
Dimulakan dgn pic sopan yer:)

Saya sekarang da pakai tudung..
Tapi p opish je...
Uolls doa2 kan lah semoga saya cepat sampi seru...

Hidup semakin singkat....
Saya takot:(
Wassalam....

Thursday, December 16, 2010

Cicak Tokek Dapat 50juta??

LoVeNiza Muah:)
Nak kaya cepat??
Tanpa buat MLM??
Hahhaha
Ni la cara nyaaa...hahaaaa
Pernah dgr cicak tokek??
Tau ape itu cicak tokek??
ok meh aku story mory...

Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan
tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa
mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit
termasuk HIV/AIDS.
Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat
dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik
dijalankan terhadap haiwan tersebut.
Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
COPY UTUSAN....
Ok jadi kesimpulan nya cicak ni kite xtau kesahihan nye....
Tetapi ramai yg dok pakat membela dah....
Bela dari kecik sbb berat xcukup nak jual...heheh
Baru2 ni aku ade org tanya aku..
Ada cicak tokek x?
Aku ckp xde..dalam proses nak suh org asli cari..
Cicak ni bahaye wei..
kalu kene patuk die,boleh matii secara spontan tanpa tangguh2 lagi...
Jadi upah org la...hhaha takot nak tgkap sndri....
Kalo suh org,ape2 org tu kene dulu....hahaha
Ok cukop....
Die ckp kalo ade cicak berat 400gm ke atas,
die nak beli kat aku 50jutaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Wahhhhhhhhhhhh bio betuiiiiiiiiiiiii??
Banyak ye duit die nak bg aku 50juta?????
Dulu kalo korg p petshop,
civak ni 20 hengget je bep..
sejak kerajaan umum,trus melambong tggi harge diee...
wah3.....
Jadi kesimpulannya,
jgn taksub sgt ok...
Tggu dulu kajian pihak kerajaan..
kalo dah terbukti baruuuu kitee ramai2 p jualllll
dan dapat 1jutaaaa...wohoooooooooooooooooo....
Nak buat ape ek kalo dpt duit juta2 nie??
Aku mule la ni nak stat berangan...kah3
org melayu bese ler kan?
Jadi kite simpan awal2 kan cicak ni..
Kalo kate cicak ni x gune,kite buang je la..
Kalo kate betui die mampo jadi penawar,
kiteeeee jualllllllllllllllllllll die......
Ok ler sekiannn:)

Wednesday, December 15, 2010

Shoppingggg de liciouseeeeee

LoVeNiza Muah:)
Taraaaa..
shopping...shopping.....shopping....
Sudeh lame xshopping....


I sentiase shopping...
My husband lerr..
Die jarang2 shopping....
Kadg2 kesian tgok..
Bile aku belikan baju die xberkenan....
Lelaki mmg cm2 kan...
Die salu dahulukan aku dulu..
Kadg2 die lgsg x beli ape2....
Smpai aku yg pakse2 die suh beli baju baru...
Teringat arwah ayah aku...
Lagi gile2 baik....
Mcm2 die belikan utk aku tapi utk diri sndri lgsg xbeli pe2...
Huhuhuhu i sgt2 appreciateeeeeee my husband and my late father...


So kali ni kua ktorg tgok wayg...
Narnia full houseee laaa;(
sedehhhhhh3...
So layan je la cite Mak limah tu...
Klakooooooooo...
Xtahan tgok si sotong tu....
Boleh plak lariii angkut wheel chair die padahal kaki da lumpoh..
Haaha....
Macam2 daaaa

macam bese...
Nasi pulot mangga....
Mangga nak lebeh....
Laki aku dulu x sukee..
Pastu dah salu sangat aku beli die pon dah sukeee..
Tpi xnak mgaku....
Sonok tgok laki aku gembiraaa....
Hahhaa....
die jarang shopping....
Ok da shopping sakan moh kite balik...
Lepas tu weolls singgah pasa malam....
Pjg betui pasa malam ye lenguh kaki aku...
Aku beli ayam sekilo..
RM14.60....
Mahal ke murahhhhhhh weyy???
Aku xtau...Hhaah...
Ok wassalammmmmm
Papaiiii
Jumpe esok:)

Sengkuanggg Stail lama-lama

LoVeNiza Muah:)

Korg pernah mkn x sengkuang stail dulu2 punye??
Yg letak kacang atas dieee....

Gleee..
Baru2 ni aku berjumpa dgn nyeee....
Mcm xsangkee..
Jumpe kat KL plak tuh...



Ktorg singgah Masjid Negra aritu...
sekali ade pakcik jual buah2..
trus serbu..
Pastu die offer nak sengkuang x?
Stail dulu2 punyeee...
Trus ckp NAK!!!
mmg dah lame gue cari..
sekarang baru ketemuuuuu



Taraaaaaaaaaaa....
sehengget jer.....
Tebal plak tu...
mmg puas makan laaa....



Lepas ngidammmmmm......
Alhamdullilah...

Jempot makan sume:)


Tuesday, December 14, 2010

Anda Facebook Addicted ker??

LoVeNiza Muah:)
Anda kaki facebook ker??
Sehari mmg 24jam online FB??
Sehari bape kali update status kat FB??
5x?10x?15x?
Dan awas kakitangan kerajaan nye anda sedang dipantau..
ecehhhhhhhhh suke2 ati aku je kan...
Aku dulu boleh ler addict kat farmville tu..
Pastu sejak dpt gov trus x main dah farmville tu sbb aku xnak gune harta kerajaan utk
men bende2 xpaedah mcm tu...
Dan utk pengetahuan anda, aku update blog sume gune my own laptop..
Harta kerajaan sumpah i x sentuhhhh..
Sebab nye mmg kat opis aku dorg x provide PC....
So aku p kerje bawak laptop sendri....
Dan blog aku sume auto publish....Aku buat mase balik kerja or sabtu ahad...
Jadi x timbul istilah aku curi2 on9 mase kerja...
Kerja is kerja..
I profesional ok..
ecehhhhhhhh sejak2 ni i mmg poyos..
Harap bersabar yerk...
Ni entry mmg aku dedicate pada mulut2 durjana diluar saneee...
Nak cite pasal keburukan org,itu mmg aku x suke..
Cuma aku xsuke kalo org kaco aku...
Kalo kaco aku,ko tau la nasib kooo ok..

Okkkk...
Senar nye baju ni aku jumpe mase p kedai2 siam aritu...
Ehh org siam pon pandai ye FB ni...
Tapi mls aku nak beli baju ni sbb aku bukan addict sgt kat FB pon..
Sehari x bukak pon aku xheran...
Status update x hupdate bertahun pon xde masalah...
Mgkin org len suke men FB kan...
Update tgh makan nasi,update marah kat bf ler..mcm2 la kan..
kadg2 bace tu klakau benor...
Paling xsuke ble org tag2 aku pasal MLM ni..
Tag pic2 duit ler,gambo kete ler..
Alahai mmg aku mencarot2 je la dalam hati....
Jadi FB ni terpulang ler pada empunya diri tu..
Kalo yg jenis xde keje,on9 ler kamo smpi balik keje pon...
Tapi pepandai ler coverrr..
Jgn smpi keje kemana,FB kemane ko kemane......
Wassalam

Monday, December 13, 2010

Muzium Polis:)

LoVeNiza Muah:)


Pernah melawat Muzium Polis?
Aku kalo bab muzium2 ni mmg lemah sket..
Nasib ler sejarah aku lulus dgn jaya..
Mule nye malas nak masuk...nak duk atas bas je...
Gle ko ingkar arahan!!
Nanti kene pancung kepala..
Hai selamat datangggg...
Muzium ni terletak kat blakang Masjid Negara nun...
Tapi xtau la org awam boleh masuk ke x atau utk polis je..
Tak sureee...
Sape yg jahat2 tu meh aku short gun kan pale dieeee....
Yahhhh..
itu train bergerak dgn tolakan aku...
Terus smpi ke Tapah road....
Mase ni udah kefenatan terlampau..
Kaki mcm nak tercabotttt..
dah xde mood daaaaaa...
Pk nak balikkkkkkkk ajeeeeeeeee
So kesimpulan nya Muzium Polis ni banyak
tentang sejarah je la..
Tentang polis zaman2 dulu..
pakaian dorg cmner,kete polis dulu2,senjata dorg sume2 ler...
Jadi pengalaman yang menyeronokkan lerrr....:)

Weols Live On TV3

LoVeNiza Muah:)
Hallo uolsss...
ape kabar uollsssss...
Haritu korg x tgok ke aku live kat TV3??
hahaha....
truk tau uolsss nie...
Ok meh aku pot pet pot pet ngan anda semuaaaa....
Khamis yg lalu kami semua ahli PERKEP pergi ke TV3
utk test market...ehhhhh silap p melawat lerrr...
Ada yg Inspektor pon join,Sarjan pon ade,bini polis pon ade
semua ade..Kami bergaul tanpa mengira darjat dan pangkat ye:)

Ini lah barisan kitaaaaaaaaaaaaaaa...
Semua ahli PERKEP pakai baju kemeja kuning...
Beli tau..RM70 sorg...
Smpi skg xbayar lagi...
Hhahaa.....
P soping boleh..byr wit baju cm beratt sgt rase nyeee...
Kenape lerr x freeeee??
Ok dahhhh

Muke2 keriangannnnnnn



Aku yg sentiasa cool..ecehhh
Ble kte smpi sesuatu tempat yg xpernah kite dtg,
kite dapat merasa kan kekaguman sesuatuuuu tempat itu..
Cth nye ble nmpk bunga pon rase kagummm sgtttttt...
walhal bunge itu berlambak tumbuh kat bkg umah aku....
Begitu ler aku....
setiap sudut i snap pic tau smpi kene perli dgn makcik2 PERKEP ni...
Mcm aku kesahh jeeeeeee?
Ble g ngan makcik2 ni bese ler weiiii....
Ia sesuatu yg normal tambahan plak kalu isteri polis...
Ok daaaaaa stop maleh nak cite pjg...
Sape yg tau,tau ler...

Ini pulak konti radio HOT FM..
nmpk ler si AG tu..
tapi die xmesra lgsung...
siap tutup cermin tu lagi...
mcm ko pemes sgt..
aku pon xkenal die...
dorg la yg sibuk ckp tu Ag..AG..
aku ingat dorg jumpe Radhi OAG...

Wahhhh ni la set utk pembaca beritaaa...
kecik je tempat nye wei...

Mase ktorg smpi,ade berita tgh nak on LIVE...
dapat ler tgok mcmane dorg bekerjaaa.....


Azwaliza...
sgt friendly...
mase ni sume xboleh tgkp pic gune flash....
kene off kan flash...makcik2 tu sume bkn tauu..
so ade la jgk yg tgkp gune flashhhhhh....
Pastu hp kene silent atau off...

Ni la skrip mase die bace berite tuuu..
sng je rupe nye bace berita ni..
I pon dapat offer dulu tapi i tolakkk
Hahaha aku tipoooo...

Aku nak tgkp pic sorg2 senar nye:(
Tpi dorg sume berebut..
Mls aku nak melayannnn

Hallo..
see me every Sunday at 8:30 PM Live on TV 3
Bajet 11...
Ni plak studio dalam TV 9...
sume cm boring je masuk sini...haha
ade makcik ni sambe die je kate kotor nyeeee studio ni..
Nmpk dalam TV cntik ajee..
Adoiiiii!!aku selaku ahli PERKEP amat malu dgn statement itu..
Jujur sungguh makcik itu....
Org tu tergagap2 nak kaver air muke TV3 tuuu
Malaysia HAri Ini,Melodi,Wanita Hari Ini sume gune studio yg sama..
Cume dorg tukat2 prob sahaja
Hai..anda bersama dengan Fiza dan tetamu jempotan nye
si cantik comel Nuranizaaaa...
Yeahhhhhhh......Teima Kaseh kerna sudi menjempot saya:)
Makcik terharu nyahhh
Ni mase live...
Cool je dorg..
x gelabah pon kan....
Ni plak makcik mane ntah aku xkenal..
Hahaha
Interprem memanjanggggg ko ekkk ikinn...
Lepas tu uolssss..
Mase ktorg singgah Masjid Jamek jap,ade wartawan RTM mane ntah temuramah aku...
Aku da la tgh xcntik mase tu...
dgn tudng lintang pukang,makeup cair eceehhhhh
xsedia aku tau nak kua TV....
Tapi sebab kesian je aku layan die tau...
Die cm merayu2 jeeee nak intebiu aku...
Weh betol tau aku xtipooo....
nanti kalo kua tb bincg pasal Jamu beracun,
haaaaa aku ler tuuuuuuuuuuuu...
Poyossss nyeeeeeeeee ko....
Sejak bile jadi poyo ni NIZA oiiiiiiiiii
Ok bek akhiri entry ni cpt sebelummm menjadi bahan kutukan org ramai lagiii...
Papaiii

Thursday, November 4, 2010

Best nya Dpt Kembor 3!!

LoVeNiza Muah:)
Cakkkkk...
ala tomei tomeiiiiiiiii....
kembor 3 beppp..
ko bolehhhhh?
hak3
Ni anak my friend punye adik ipoo..
ade pahammmm?


Kembar 3 wey..
so cute..
yg tgh tu xbyk meragam..
senang je jage..die mcm paham je kan
kepayahan mak ayah die nak jageee...
So disebabkan kembar 3,
ingat sng ke nak anto kat org jage...
3 org sekaligus beppp...
Last2 mak die benti keje....
Jage anak sendri kan..
Yela skg ni jage budak seorg=RM250
kalu 3 org=RM750...
Bek mak die jage sendri kan....
Tapi rezeki anak2 kan sape yg dpt halang...
Byk org sponsor tau tuk si kembor nii..
Murah tau rezeki dorggggggg...
Kalu sorg berak,
yg sorg lagi akan berak..
Pastu dah cuci yg sorg tu,
sorg lagi plak berak...
Deme berjangkit tau...
hahah cuteee jeeee....
Dugaan ohhhh jage anak kembor ni..
Tapi lawak tau mak die citeee..
Mcm2 ragam anak kembor dieee...
Tapi nak pinjam anak die sorg,
bapak die xbg tau...hahaha...
kedek arrrrr....
mentang2 dpt anak 3org skaliii...
Xyah nak beranak lagi kan..kan....
So tahniahhhhhhh!
Name beby lupe daaaaaaaaaaaa
Tapi sume gegurl....

Monday, November 1, 2010

Tasik Dayang Bunting.Betul ke leh bunting?

LoVeNiza Muah:)





Udah alang2 ade kat langkawi ni,
Tibe2 rase nak pergi ke tasik Dayang Bunting.

Persoalannya,betul ke boleh mengandung kalau minum air tasik ni?
Mcm xcaye je...Itu kan rezeki dari Allah..

Ade sesape pernah mgandung minum air kat sini?
Hmm susah nak caye kan ataupon mmg tasik ni ade kelebihan pada air die?
Molekul2 air die ni canggih smpi boleh mgandung?

Aku bab mengandung2 ni terase tau..
sensitif tauuuuuu...
Haahaaahaaaaaa....

Ok darling.
Papaiiii

*Kredit to google for pic


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name