NuffnangKU

Followers

Friday, June 19, 2009

influenza A (H1N1) ada kt IPOH!!

LoVeNiza Muah:)

Haaa ni yg aku gabraaa ni dengorrr
uhuu udah smpi ke negeri teman.......
Minx dijauhkan la pnyakitttt ini..AMIN..

Tp mengikot sumber org dalam(jeng...jeng....jeng),
actually dah ade yg mati ne pnyakit ni kt MALAYSIA ni..
Tp gov cover coz xnak bg rakyat takot n nak jg nama la kan..
of coseee....

Jom Baca lebih lanjut:

IPOH 18 Jun - Seorang wanita berusia 22 tahun di sini dikesan positif influenza A (H1N1), menjadikan ia kes pertama dicatatkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, wanita tersebut baru pulang daripada melawat abangnya di Australia pada 14 Jun lalu.

''Wanita itu dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada 15 Jun lalu selepas mengalami demam dan pemeriksaan mendapati dia membawa virus H1N1," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Kursus Pertolongan Cemas di Klinik Kesihatan Gunung Rapat dekat sini.
Hang Soon berkata, wanita tersebut masih menerima rawatan lanjut di HRPB dan kini dalam keadaan stabil.

Mengulas lanjut katanya, ahli keluarga yang berhubung dengan wanita terbabit juga dikuarantin selama tujuh hari di rumah mereka di sini.
Menurutnya, walaupun mencatatkan kes pertama, virus itu di Perak terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan aktiviti pemantauan secara berterusan.

''Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika mereka mempunyai simptom seperti demam dan batuk bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan," katanya.

Tuesday, June 16, 2009

MINYAK MASAK SPRAY

LoVeNiza Muah:)



Inilah myk masak jenis sprayy..
cm pelik kan..
pesen baru wey..
mcm2 idea kreatif tercipta..
smpi myk masak pon ade yg jenis spray..
da cm nak spray beskal jeee....
arge ye RM7.50..
blom terjual dipasaran lg...
akulah org petame yg merasmikan yeee.....
Limited edition punyeerrr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name