NuffnangKU

Followers

Tuesday, October 6, 2009

Very The Best Foundation::::


LoVeNiza Muah:)



Hahaaa...
akher nye tercapai impian mokcik
nak pkei kryolan ye foundation...
da lame mokcik cari..
bru skg jumpak..
yahoooo...
Kisah ye aku search kt tenet..
skali terjumpak website kryolan...
then oder punye oder..
tuptup brg dpt smlm...
smlm da melaram daaa..
sgt bestttttt..
service is very2 gud..
thx azwa!
i soal azwa ni mcm2...
tp die cool je..
ini la yg kite cari...
foundation die very the bestt....
ape yg best ye?
ehh cube laaaaaa sendri...
ukur la sndri...
beli la sndriiii...
*tgh pk nk p mane hari ni...

Friday, August 28, 2009

Ini lah dia Wife ngan Anak MRBEAN!!









LoVeNiza Muah:)



Hehe ingat MR BEAN xleh dpt bini cntik ke?
jgn men2..dia bodo2 lam tb je..
tp lau betol2,die betul...





Lihat lah kehenseman aku...




Cute kan anak die....



ok cukup...byeee

Thursday, August 20, 2009

NAMA2 YANG TAK BAIK~~~

LoVeNiza Muah:)


Panduan ni penting buat mereka yg nak bg nama kt anak..
Jgn sesuke hati nak letak name bukan2,
sbb kat akhirat nanti name2 yg xelok makne nye akan last sekali dipggil...
Konon nak letak nama mat sallehh la...
eeee plzzzzzzz....gedix..

Agak2 name aku ni ade makne yg baik ke?
huhu cm xde je....huhu...

Seboleh-bolehnya kita hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh.

Antaranya:- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi,seperti:
Al-Harb (Peperangan),
Fadhih (Yang membuka aib),
Suham (sejenis penyakit unta).-

Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu,
contohnya: Fatin !!! (maksudnya Penggoda).
* Nama Fatin niorang-orang Melayu kita cukup suka…kenapa yer?-

Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat,
contohnya: Sariq (Pencuri).-

Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.-

Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaanyang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).-

Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama)dan ‘Al-Islam’,
seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, danseumpamanya.
Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini(Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.-

Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama.
Kerana para salafdahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Padazaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti:Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.

Seperti:- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah,
kerana Abd bermaksud ‘hamba’.
Maka haram memberi nama:Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain,dan seumpamanya.-

Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.-

Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.-

Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang,seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas(Penghulu segala manusia).-

Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

Sumber:Pakarhowto.com

Friday, August 14, 2009

Kematian Itu Menginsafkan

LoVeNiza Muah:)

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani
Mmg sesuatu yg mengejotkan tersangat2...
Beliau di serang sakit jantung..
Same mcm arwah ayah aku.....
Pergi tanpa sebarang pesan
dan dlm keadaan yg aku xbersedia..
Aku faham sgt perasaan anak2 arwah...
Semoga anak2 dan isteri arwah ustaz tabah..

Die pergi dalam keadaan tenang..
Setiap yg hidup pasti akan mati..
Tp.......
Bersediakah kita?
Cukup ke amalan kita?
Sedangkan Malaikat Jibril yg plg dekat dgn Allah,
yg sentiasa patuh pd Allah pun takut dan risau
dgn seksaanNya apatah pulak kite niiiii yg
tentu nyaa bkn maksum...
Dose da la byk aku ni..
Ble dtg keinsafan tu baru nak wat ibadahhh..
Tp sekejap2 jeee...adoiiii aku nieee....
Semoga Allah pjgkan umurku
dan tetapkan lah imanku. serta berikan hidayah mu..
kurniakan lah suami yg soleh padaku.
Pukul la aku jika aku xsemayg...
Tp jgn nak sesuke hati pukul aku tanpa sebab ok!
No..No..No..
AMIN

Ape yg aku plg takot dlm dunia ni
ialah kematian...
Ia pasti akan terjadi
cume xtau bilee jeee..
Ble da smpi kat alam sane,
kt da xsempat nak taubat...
Takottt ye dgn azabmu Ya Tuhann...

Al-Fatihah Untuk Semua Yg Telah Pergi
Semoga tenang disane.Amin.

Thursday, July 30, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jackson!

LoVeNiza Muah:)



Michael Jackson dibunuh untuk sekat Islam berkembang (The hidden & truth story about MJ!)
Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.


Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.


“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.


Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.


Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..


Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.


Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.


Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.


“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.


Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Tuesday, July 21, 2009

Kisah Zina~~

LoVeNiza Muah:)

Salam...
Arini aku ade terbaca kisah zina
yg aku fikir tidak ade pghujung nyer ini...
mgkin shingga kiamat baru berhenti ye zina ini...

Aku pon mgkin xbaik..
sering melakukan zina mata,zina hati dan lain-lain...
Tapi sgt menyentuh hati tatkala
aku membaca ayat-ayat permata ini...
Jum kite hayati same2:

Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata "kami takut kepada Allah" walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan...

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu....

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita (berzina) lalu di azab sampai sekarang..(rujuk kitab Harut dan Marut)
Ni kisah nya:
Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak.Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi> tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga,nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!".

Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi. Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.

Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.

Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke atas diriku". Jawab rakannya "Benar".

Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya. Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah! Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT.

Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya. Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".

Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu.

Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.
Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan', maka apatah lagi aku dan korang..


Hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
"seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak"
Orang yang bercerita akan di laknat, apatah lagi orang yang mendengar..,!!!(naduzubillah)
(ni mgkin bg yg dah kawin)

Ayat harus skema
sesuai dgn entry ini...
Jika xskema,takot xde keinsafan yg akan timbul...
*Nasib aku xde bf..haha..lau x potensi nak wat haram ni sgt tggi..
Minx dijauhkan amin...

Sunday, July 19, 2009

byk beRCAKAP?stop it!


LoVeNiza Muah:)


haaaa...
ni 1 kes yg perlu dibincangkan dgn lebih serius...
tentang org yg banyakkkkkkkkkkkk cakappppp..
adoi aku lemas gler dgn org yg terlebehhhhhhh bercakap nie.
skit2 udah la kan...
wey tolong..
kalu anda rase anda byk berckp
sila hindari aku k...
otak aku xleh nak poses dgn mulot org yg
xngenti2 cakap...
aku pon suke bercakap jgk
tp aku jenis yg sedar diri....
aku tau jgk nak benti dan bg laluan pd
ketapi nak lalu ke...kure2 lintas ke,
tp kalu jenis yg xngenti2,pe kes?
mgkin die rase cite die tersgt2 best
mgalahkan cite harry potter atau perlawanan MU mgalahkan Mas kot?
pd insan2 yg kuat berckp,
sila peka dgn keadaan skeliling k..
kalu muke pendgr2 da cm norlia ghani
sila berhenti la berckp
atau tukar topik len yg lebeh menarik ok.....
ohhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk
aku xnak berdpn lg dgn insan2 spt ini!
salu nye insan2 spt ini
akan bercerita sal dri dia,bf die,bos die bla..bla...
dia akan cerita xabis2.....
overrrrrrrrrrrrrrrrrr........
dan aku akan rase nak jerit sambil berkata
woiiiii!sgt best cerita ang!tp kalu ang xcerita lg besttt wooooo!!!!
tp aku takotttt nak ckp;(
ingat la
org yg banyak bercakap,byk lah dosa nyer....
dri aku dgr org yg kuat bercakap ni,
bek aku dgr ceramah agama kt perakfm
setiap kol 6.30ptg..
dah tentu dpt ilmu...
kalu ustaz tu ckp xngenti2 dri pg-ptg pon aku sggp dgr!
aku tgok Dina cm ade ciri2 org mulot berek je..
aduhhhhhhhh...
maksu akan cube cegah pnyakit itu dri Dina ok.....!!
zassssssssssssssssssssssssssss

Thursday, July 9, 2009

Mee segera perisa babi tetapi dengan logo Halal..


LoVeNiza Muah:)



Inilah dia....
Mee Segera ' Halal ' yg berperisa " Babi "



Next Time sila berhati2 bila membeli...



Ataupon ble nmpk cm pelik2,
xyah lah gatai nak cube2 kan
takot xhalal....
ni la jd ye..



lambang cop HALAL ade...
tp xhalal...
cmno tu?

KLCC diserang lebah!

LoVeNiza Muah:)

Haaa geli aku tgok lebah nie....
Lebah di level18 Tower 1
xsangke aku..
klcc pon ade lebah...
xde pencuci bangunan ka?

Beribu2 lemon.....

EEeeee gerammm nyerr...
rase cm nak bakar jeeee

Khasiat Surah

LoVeNiza Muah:)



Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,
Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, June 19, 2009

influenza A (H1N1) ada kt IPOH!!

LoVeNiza Muah:)

Haaa ni yg aku gabraaa ni dengorrr
uhuu udah smpi ke negeri teman.......
Minx dijauhkan la pnyakitttt ini..AMIN..

Tp mengikot sumber org dalam(jeng...jeng....jeng),
actually dah ade yg mati ne pnyakit ni kt MALAYSIA ni..
Tp gov cover coz xnak bg rakyat takot n nak jg nama la kan..
of coseee....

Jom Baca lebih lanjut:

IPOH 18 Jun - Seorang wanita berusia 22 tahun di sini dikesan positif influenza A (H1N1), menjadikan ia kes pertama dicatatkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, wanita tersebut baru pulang daripada melawat abangnya di Australia pada 14 Jun lalu.

''Wanita itu dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada 15 Jun lalu selepas mengalami demam dan pemeriksaan mendapati dia membawa virus H1N1," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Kursus Pertolongan Cemas di Klinik Kesihatan Gunung Rapat dekat sini.
Hang Soon berkata, wanita tersebut masih menerima rawatan lanjut di HRPB dan kini dalam keadaan stabil.

Mengulas lanjut katanya, ahli keluarga yang berhubung dengan wanita terbabit juga dikuarantin selama tujuh hari di rumah mereka di sini.
Menurutnya, walaupun mencatatkan kes pertama, virus itu di Perak terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan aktiviti pemantauan secara berterusan.

''Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika mereka mempunyai simptom seperti demam dan batuk bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan," katanya.

Tuesday, June 16, 2009

MINYAK MASAK SPRAY

LoVeNiza Muah:)



Inilah myk masak jenis sprayy..
cm pelik kan..
pesen baru wey..
mcm2 idea kreatif tercipta..
smpi myk masak pon ade yg jenis spray..
da cm nak spray beskal jeee....
arge ye RM7.50..
blom terjual dipasaran lg...
akulah org petame yg merasmikan yeee.....
Limited edition punyeerrr

Thursday, May 28, 2009

Penting nya SOLAT ISTIKHARAH

LoVeNiza Muah:)


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini.

Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;Mahfum Hadis:Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah.

Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.
Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.

Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah,

Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan. Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala” Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca. Selepas memberi salam baca doa Istiqarah ini (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Monday, May 18, 2009

Wednesday, May 6, 2009

Watch Closely


Can you tell the difference between a horse and a frog?



CAN YOU SEE THE THREE WOMEN?



CAN YOU SEE THE KISSING COUPLE?



CAN YOU SEE THE BABY?




CAN YOU SEE 10 FACES IN THE TREE ?



WEIRD WALKING COW.....Warning: Do not view while drinking.

LoVeNiza Muah:)

Wednesday, April 15, 2009

Imam Ghazali

LoVeNiza Muah:)



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua
"Murid 2 = " Guru
"Murid 3 = " Teman
"Murid 4 = " Kaum kerabat
"Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
"Murid 1 = " Negeri Cina
"Murid 2 = " Bulan
"Murid 3 = " Matahari
"Murid 4 = " Bintang-bintang
"Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?
"Murid 1 = " Gunung
"Murid 2 = " Matahari
"Murid 3 = " Bumi
"Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

"IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?
"Murid 1 = " Baja
"Murid 2 = " Besi
"Murid 3 = " Gajah
"Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

"Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?
"Murid 1 = " Kapas
"Murid 2 = " Angin
"Murid 3 = " Debu
"Murid 4 = " Daun-daun
"Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

"Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
"Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang
"Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MY name